1. PASAR ATAS.
Pasar Atas adalah merupakan suatu tempat liburan dan pusat belanja. Terletak di pusat Kota Bukittinggi dan berhampiran dengan Jam Gadang, Pasar Atas merupakan salah satu pusat perdagangan warga tempatan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yg berkunjung ke Bukittinggi.
Pasar Atas menawarkan kepada setiap pengunjung bermacam barangan khas Sumatera Barat, mulai dari kerajinan songket, kain sulam, kerajinan kayu dan souvenir, serta kraft barangan anyaman. Kesemuanya boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan.
Jika mengunjungi Pasar Atas, tidak lengkap rasanya jka tidak membawa pulang oleh–oleh khas Sumatera Barat. Oleh-oleh ini bisa didapatkan di pasar atas seperti gantungan kunci berbentuk jam gadang maupun replika berukuran kecil dari beberapa tempat tujuan liburan di Sumatera Barat yaitu Ngarai Sianok dan lain-lain.
Barang-barang lain seperti pakaian, sepatu dan peralatan rumah juga terdapat di sini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan kerana pasar atas merupakan pusat grosir yg menawarkan barangan yg mampu menarik minat pembeli untuk membeli oleh-oleh lebih banyak lagi.
2. PASAR AUR KUNING.
Dikenali juga dengan jolokan Tanah Abang Bukittinggi. Sebagai pusat grosir, Pasar Aur Kuning akan menemukan anda dengan beratus toko didalam satu kawasan dan menawarkan berbagai aneka jenis kain sulam, songket, busana muslim, telekung, pakaian kasual, karpet, cadar, hinggalah ke langsir juga boleh didapati disini dan ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Barangan yang ditawarkan di toko emperan ini juga tidak kalah kualitinya dengan barangan di toko2 di shopping mall. Namun apa yang pasti, anda bole mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Apatah lagi jika anda bijak dalam soal tawar menawar.
Info: Elakkan mengunjungi Pasar Aur Kuning pada “Hari Pasar” iaitu pada hari Rabu dan Sabtu. Pada waktu ini para peniaga agak keberatan utk menurunkan harga jika anda ingin tawar menawar atau nego harga barangan yg ingin dibeli.
Barangan yang ditawarkan di Pasar Grosir Aur Kuning Bukittinggi ini kebanyakkannya berasal dari beberapa daerah di Sumatera Barat seperti Padang Pariaman dan Agam. Namun, sebagian barang juga didatangkan dari Jawa. Berbelanja di Pasar Aur Kuning ini pasti dijamin anda akan berpuashati dan berbaloi dengan apa yang anda perolehi.
Hingga saat ini, Pasar Atas dan juga Pasar Aur Kuning di Bukittinggi masih menjadi salah satu tujuan liburan yang paling diminati oleh para pengunjung untuk membeli belah dan mendapatkan oleh-oleh. Jadi, tidak ada salahnya jika anda melengkapi pakej percutian anda di Kota Wisata Bukittinggi dengan mendapatkan bermacam oleh-oleh menarik yang terdapat di Pusat Grosir yang serba lengkap ini.
No comments:
Post a Comment