Info Pakej Percutian Medan

-Pakej tersedia 3H2M/ 4H3M/ 5H4M....



ITINERARY (4 HARI 3 MALAM)

DAY 1 : KUALANAMU - PARAPAT/LAKE TOBA.
Tiba di Kualanamu Int’l Airport dijemput oleh perwakilan kami lalu berangkat ke Danau Toba via jalan perkebunan Pematang Siantar. Singgah di Paten Shop untuk membeli makanan khas TING TING, TENG TENG atau apa saja. Tiba di Parapat, check in Hotel dan bermalam di Parapat/Danau Toba. Makan siang dan makan malam di local restaurant.

DAY 2 : PARAPAT - SAMOSIR - BERASTAGI
Setelah sarapan pagi di hotel mengunjungi Pulau Samosir yang terletak di tengah Danau Toba. Mengunjungi Desa Tomok untuk melihat rumah tradisional masyarakat Batak dan juga peninggalan sejarah kerusi batu purba Raja Siallagan di Desa Ambarita. Anda juga berpeluang mendekati budaya traditional masyarakat Batak Toba sambil melihat hasil kraft tangan mereka. Setelah makan siang berangkat ke Kota sejuk Berastagi, berhenti di tempat persinggahan di Bukit Simarjarunjung dan berehat di kawasan Air Terjun Sipiso-piso sebelum tour diteruskan menuju ke Bukit Gundaling dan juga Pasar Buah Berastagi. Makan malam dan Check in Hotel utk bermalam di Berastagi.

DAY 3 : BERASTAGI - MEDAN
Setelah sarapan pagi di hotel berangkat ke Medan via Hutan Cadangan Sumatera. Melalui daerah di Sibolangit sambil menyaksikan keindahan gunung Sinabung yang masih aktif dengan pemandangan yang menakjubkan. Berhenti di persinggahan sambil menikmati keenakan Jagung Bakar. Setibanya di Medan, lawatan diteruskan dengan city tour. Mengunjungi Istana Maimon dan juga Mesjid Raya. Seterusnya singgah shopping di Medan Mall dan juga Pajak Ikan serta bersiar siar di sekitar kawasan Merdeka Walk. Makan tengahari dan malam disediakan. Check in Hotel dan bermalam di Medan.

DAY 4 : MEDAN – AIRPORT
Selepas sarapan pagi dan check out hotel. Free Program sementara cukup waktu sehingga tiba masanya untuk transfer ke airport.





Airport Kualanamu ke Parapat.
-Jika penerbangan anda tiba pada waktu pagi atau selewatnya tengahari,  anda akan terus dibawa  menuju ke Danau Toba yang terletak di Parapat. Jarak perjalanan yang akan bakal ditempuhi ialah sejauh  lebih kurang 170 km atau mengambil masa 4 hingga 5 jam perjalanan bergantung kepada keadaan traffic ketika  melalui beberapa Kota seperti  Tanjung Morawa, Lubuk Pakam, Tebing Tinggi dan Pematang Siantar. Dalam perjalanan anda juga akan berhenti beristirehat sejenak sambil belanja makanan ringan khas Sumatera Utara di TOKO PATEN sebelum perjalanan diteruskan sehingga tiba di Parapat.




TOKO PATEN SHOP.
Dalam perjalanan anda menuju ke Parapat, anda akan singgah di sebuah kedai  dgn nama PATEN yg terletak di pinggir Kota Pematang Siantar. Kedai ini sebenarnya kelihatan biasa saja. Akan tetapi, ianya mempunyai keunikan yang pasti akan membuat pengunjungnya tersenyum ketika melihat nama yang terdapat pada produk jualan(makanan) mereka . Diantara nama2  makanan yang dijual disitu ialah ting-ting, teng-teng, tang-tang, tong-tong, tung-tung, pang-pang, ping-ping, dan pong-pong….Pelik dan Unik!



PARAPAT
Parapat adalah sebuah bandar kecil di wilayah
Sumatera Utara yang terletak di pinggir Danau Toba. Parapat juga adalah merupakan pusat transit utama bagi pelancong2 yang ingin mengunjungi Pulau Samosir dengan menggunakan perkhidmatan feri. Kepada pelancong2 yang datang mengunjungi Danau Toba boleh menginap di hotel2 yang terdapat di Parapat dan berpeluang untuk menikmati pemandangan indah Danau Toba kerana kedudukan hotel di sana kebanyakkannya adalah menghadap kearah pandangan Danau Toba.



DANAU TOBA
Ramai orang yg mengetahui Danau Toba adalah sebuah danau yang terletak di provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Dengan ukuran panjang hampir 100 kilometer dan lebar 30 kilometer, terbentuk hasil dari letusan “Supervolcano” yg terjadi sekitar 73000 tahun yang lalu. Danau ini merupakan danau terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara.
Pada hari ini, Danau Toba telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang cukup dikenali diseluruh dunia. Berada dengan ketinggian hampir 1km dari aras laut serta dikelilingi oleh deretan gunung yg sebahagianya  dari deretan Bukit Barisan menjadikan panorama di Danau Toba cukup memukau pandangan sesiapa sahaja yang mengunjunginya.



PULAU SAMOSIR
Wujudnya Pulau Samosir ini adalah hasil dari letusan gunung berapi yang amat dahsyat yg juga membentuk Danau Toba. Terletak di tengah2 Danau Toba, Pulau Samosir yang mempunyai keluasan hampir sama dengan Singapura dan terbahagi kepada 9 daerah. Dengan kedudukanya yg terletak pada 1000m dari aras laut, membuatkan pulau ini menjadi sebuah destinasi pelancongan yang mampu untuk memberikan ketenangan kepada semua pelancong yang mengunjunginya .
Pulau yang cukup indah ini juga menyimpan berbagai khazanah dari kebudayaan masyarakat Batak. Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan para pelancong apabila mengunjungi Pulau Samosir ialah Makam Raja Sidabutar dan juga Muzium Batak yang berada di Desa Tomok dan juga khazanah peninggalan “kerusi batu persidangan” serta rumah traditional Batak di Desa Ambarita.



BUKIT SIMARJARUNJUNG
Dalam perjalanan menuju ke Berastagi yang memakan masa hampir 4 jam, dipertengahan perjalanan anda akan dibawa untuk berhenti rehat di Bukit Simarjarunjung. Merupakan sebahagian dari gugusan pegunungan Bukit Barisan yang membentang di sepanjang Pulau Sumatera, ianya juga merupakan salah satu pesona alam Tanah Batak yang mampu memukau pandangan. Berada di atas Bukit Simarjarunjung anda pasti akan merasai suasana yang aman damai dengan udara yang nyaman serta pemandangan yang indah terbentang dihadapan mata anda. Dari sini anda dapat menikmati keindahan alam dengan sudut pandangan yg lebih luas tanpa sebarang halangan.Keindahan lanskap ciptaan tuhan yang tidak akan jemu mata memandang dengan kehijauan pergunungan, keindahan danau yang membiru, Pulau Samosir yang mempesona, Desa Tigaras, dan bahkan Parapat di berada dikejauhan..Cukup cantik.









AIR TERJUN SIPISO PISO
Air terjun Sipiso-piso berada di ketinggian 800 meter di atas permukaan air laut dan punca air terjun ini jatuh dari celah2 tebing bukit  setinggi 120 meter menuju lembah yang dikelilingi perbukitan dan hutan pohon pinus.
Nama Sipiso-piso berasal dari piso yang artinya pisau. Deras airnya yg jatuh dari bukit yg berketinggian melebihi seratus meter ini diperumpamakan oleh orang2 tempatan sebagai bilah-bilah pisau yang tajam.




Kepada yang punya stamina yang baik, anda boleh berjalan menyusuri ratusan anak tangga yang disediakan khas untuk turun menuju kebahagian dasar air terjun. Setelah menghabiskan masa selama 1 jam dan tiba ke bahagian dasar air terjun, arahkan pandangan anda arah ke curam bukit-bukit yang mengelilingi anda dan sekitar  air terjun. Dengan kehijauan pepohonan pinus yang rimbun dan suara gemuruh air terjun, pasti akan membuat suasana hati dan fikiran anda menjadi tenang  dan tenteram.



BERASTAGI
Walaupun jarak perjalanan yang jauh dan mengambil masa hampir 4 jam, namun persinggahan di Bukit Simarjarunjung dan juga pemandangan Air Terjun Sipiso piso dapat menghilangkan lelah dalam perjalanan tersebut. Antara lain, kita akan dapat melihat masyarakat Batak menjalankan aktiviti harian mereka seperti pertanian dan perniagaan yg dijalankan di beberapa kawasan disepanjang perjalanan.



Setibanya di Berastagi anda akan merasai dan menghirup udara yang segar dan nyaman.  Suasana yang hampir sama seperti Cameron Highland, cuma yang membezakan ialah suhu yang lebih sejuk dari Cameron dan juga budaya serta masyarakat tempatan. Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini, namun di Berastagi pengunjung masih berpeluang untuk mengunjungi Pasar Buah, Kebun Bunga atau Bukit Gundaling.



MEDAN CITY TOUR 

Kota Medan adalah ibu kota provinsi Sumatera Utara,
Indonesia. Kota ini merupakan kota metropolitan ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Kota Medan juga  merupakan pintu gerbang Sumatera Utara bagi para pelancong yang ingin mengunjungi objek2 wisata di kawasan dataran tinggi Karo seperti Berastagi, objek wisata di Bukit Lawang dan juga Danau Toba.

Di Kota Medan anda berpeluang untuk mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti:
Istana Maimoon -Peninggalan sejarah Kesultanan Deli yang dipenuhi dengan unsur-unsur warisan dan kebudayaan Melayu sebagai bukti kebesaran kerajaan melayu pada waktu itu(1946).
Masjid Raya -Juga dikenali sebagai Masjid Raya Al Mashun. Dibina dan asaskan oleh Sultan Ma’mun
Al Rasyid Perkasa Alam sebagai pemimpin Kesultanan Deli. Melambangkan kehebatan pemerintahan kerajaan melayu yang berlandaskan agama Islam semasa era pemerintahan Kerajaan Deli.
Pajak Ikan -Ada juga yang menyebut Pasar Ikan Lama. Sebagai salah satu pusat perniagaan utama ketika zaman Kesultanan Deli.
Merdeka Walk -MW merupakan objek wisata yang
ada di ibukota Provinsi Sumatera Utara. Tempat ini dikenali sebagai tempat bersantai yang paling lengkap di Kota Medan pada waktu malam. Mulai dari pusat makanan, hiburan, hingga arena pertunjukkan.Tempat ini biasanya diisi berbagai hiburan seperti live music, acara untuk keluarga dan aktiviti anak muda, seperti band performance, rap, breakers, dan hiburan lainnya di Center Piece.




Tempat2 lawatan lain yang boleh anda kunjungi jika berkesempatan.
1. Desa Wisata Tuktuk. Sebuah tempat indah di sebuah tanjung kecil di Pulau Samosir.
2. Rumah Tjong Afie -Kota Medan.
3. Hillpark, Sibolangit.

1 comment:


  1. ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN BEBERAPA PAKEJ – PAKEJ MENARIK MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA SEPERTI KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA DAN BERAPA TEMPAT LAIN MENARIK DI MEDAN.

    PAKEJ KAMI TEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. SEMUA PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM FULL SERVICES
    TAK ADA EXTRA BAYAR …. !!! TAK ADA TIPU – TIPU !!!

    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG ) MEDAN & LAKE TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG ) MEDAN AND LAEK TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 400 (10 ORANG ) LAKE TOBA , SAMOSIR AND SILANGIT
    HARGA PAKE 04 HARI / 03 MALAM MYR : 550 (10 ORANG ) LAKE TOBA, SAMOSIR AND SILANGIT

    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
     HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
     DRIVER
     PATROL
     EKSIDENT INSURANCE
     GOVERNMENT TAX

    ReplyDelete