Tips Percutian

Tips Perancangan Percutian Keluar Negara

Pada entri ini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan sebagai persediaan anda sebelum dan semasa anda pergi bercuti.


  • Survey dulu harga tiket penerbangan ke tempat yang ingin dilawati. Anda boleh aturkan tarikh percutian anda pada hari2 yang terdapat harga promo bagi tiket penerbangan anda. Menempah tiket penerbangan dan juga pakej percutian lebih awal juga dapat membantu anda untuk mendapatkan  harga yang lebih murah selain  daripada untuk mengelakkan perubahan/kenaikan harga.

  • Kepada anda yang tak banyak pengalaman pergi melancong, menggunakan khidmat supir/agen pelancongan(yg dipercayai) adalah sangat2 digalakkan.

        -Dapat mengelakkan anda dari ditipu.
        -Dapat mengatur perjalanan dgn lebih teratur supaya tidak banyak membuang masa.
        -Boleh dapatkan bantuan secara terus jika anda menghadapi sebarang masalah.


  • Jika anda mengambil Pakej Fullboard(termasuk tiket flight) dgn agen pelancongan. Pastikan detail yang anda bagi SAMA dengan butiran yang terdapat pada passport anda. Ini penting untuk mengelakkan masalah semasa proses check in bagi tiket/boarding pass anda.


PENTING: Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika passport anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda DIWAJIBKAN untuk memperbaharui passport anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda.



  • Lakukan tukaran wang dengan Pengurup wang di Malaysia sebab kalau tukar di Bank ataupun tukar di Indonesia  kadar tukaran matawang jadi lebih mahal. Pastikan anda membawa wang yang sucukupnya. Sebolehnya asingkan wang kepada 3 bahagian.. 
          -Duit untuk bayaran pakej atau hotel.
          -Duit untuk perbelanjaan peribadi.
          -Duit reserve untuk kecemasan. Pastikan wang anda disimpan di tempat
           yang cukup selamat dan tidak mudah dicapai oleh penyeluk saku.


  • Lakukan “double check” sebelum keluar rumah. Pastikan dokumen penting seperti pasport, tiket kapal terbang, cek kembara atau apa2 barang yang anda rasa penting ada dibawa bersama anda. Datang awal ke lapangan terbang supaya proses check in di Balai berlepas lebih tenang dan supaya ada “extra time” kalau terdapat  masalah yang tidak diingini nanti.


INGAT..!! Semasa proses boarding..
-Jangan sesekali beri bantuan dengan menolong mengangkat beg orang lain. Walaupun sekejap atau dengan jarak yang dekat.
-Begitu juga halnya jika ada orang yang tercicir barang. Anda tak perlu ambil barang tersebut untuk diserahkan kepada tuannya. Cukup sekadar memanggil orang tersebut dan memberitahu tentang barangnya yang tercicir tadi.
-Jangan sambut pemberian orang lain seperti majalah, surat khabar, air mineral atau apa sahaja. sebab bimbang  barang tersebut mengandungi barang terlarang.
-Begitu juga semasa check in bagasi. Anda tak perlu jadi pemurah dengan menumpangkan bagasi orang lain(yg tak dikenali) walaupun berat bagasi anda masih belum mencapai berat maximum.

PENGAJARAN: Ramai orang terkena tangkap kerana dadah adalah gara-gara menolong orang lain.







Tips Semasa Bercuti Diluar Negara


LAGI SEKALI DIINGATKAN…!! Berhati-hati jika anda ingin menghulurkan bantuan kepada orang yang tidak anda kenali semasa proses boarding..

PENGAJARAN: Ramai orang terkena tangkap kerana dadah adalah gara-gara menolong orang lain.


  • Telefon bimbit anda merupakan gajet yang paling penting sekali ketika melancong keluar negara.

         -Samaada anda aktifkan mode ROAMING pada telefon anda.
         -Atau, dapatkan bantuan dari supir untuk anda membeli simkad(Indonesia)
          setibanya di destinasi anda. Di Indonesia simkad dipanggil PULSAR.


  • Cuba hubungi keluarga atau sahabat anda untuk memaklumkan ketibaan anda di destinasi  yang dilawati serta jangan lupa maklumkan no telefon(simkad baru) anda kepada mereka.



  • Benda yang sama penting dengan telefon bimbit anda ialah Charger telefon anda dan juga Universal Plug Adaptor. Boleh dikatakan hampir kesemua plug point/socket yang terdapat di hotel di Indonesia tak sama dengan yang biasa kita gunapakai.












  • Tak kisah untuk memberi TIPS kepada tour guide anda. Pemberian anda akan membuatkan mereka memberikan servis yang lebih baik sepanjang percutian anda. Nyatakan juga yang anda akan ‘merekomenkan’ beliau kepada rakan2 anda yang bercadang untuk datang bercuti pada masa akan datang.



  • Kebanyakkan tempat2 pelancongan di Indonesia terdapat banyak kedai2 souvenirs dan juga  penjual2 jalanan. Jadi, tips untuk anda jika tidak berniat untuk membeli jangan cuba2 untuk bertanyakan harga atau membelek2 barangan mereka. Kalau dah terpegang barangan mereka dan nasib tak baik, mereka akan ikut dan mendesak anda untuk membeli barangan mereka. Walaubagaimanapun ada juga peniaga yang tak kisah pun. So..Berhati hati la yerr..



  • Melancong ke sebuah negara yang dikategorikan sebagai ‘sedang membangun’ seperti Indonesia, anda akan berjumpa dengan ramai kanak-kanak yang meminta sedekah di jalanan. Kalau boleh cuba elakkan memberi pemberian secara terang2an.(Kalau tak bagi pun takkan jadi apa2) Dikhuatiri nanti anda akan diserbu oleh peminta-peminta sedekah yang lain pulak..


No comments:

Post a Comment